Thursday 23 June 2011


TEMA
KEKELUARGAAN
TAJUK
KELUARGA SAYA


FOKUS UTAMA
Standard
Kandungan
1.2 Mendengar, mengecam dan           
      menyebut bunyi bahasa iaitu abjad,   
      suku kata, perkataan, frasa dan ayat    
      dengan betul.


Standard
Pembelajaran
1.2.4 Mendengar, memahami, menyebut
         dan mengeja perkataan yang
         mengandungi dua atau tiga suku   
         kata, diftong, vokal berganding,  
         digraf, konsonan bergabung dengan
         sebutan yang betul.
FOKUS
SAMPINGAN
Standard
Kandungan
2.2 Membaca dan memahami perkataan
      frasa dan ayat daripada pelbagai   
      sumber dengan sebutan yang betul.
Standard
Pembelajaran
2.2.1 Membaca dan memahami
         perkataan yang mengandungi dua
         atau tiga suku kata, diftong, vokal
         berganding, digraf, konsonan    
         bergabung dengan sebutan yang   
         betul.


OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran murid dapat :
1.                  mendengar, menyebut dan mengeja perkataan berkaitan keluarga yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul dan tepat.
2.                  membaca perkataan berkaitan keluarga yang mengandungi dua atau tiga suku kata terbuka dan tertutup dalam ayat dengan sebutan yang betul.
PENGISIAN KURIKULUM
1.                  Ilmu : Pendidikan Moral
Nilai : Kasih sayang

KBT   : Kecerdasan Pelbagai, konstruktivisme
SISTEM
BAHASA
Kosa kata : ibu, bapa, abang, kakak, adik, keluarga
MEDIA
Slaid lirik lagu, kad suku kata, kad perkataan, kad gambar


STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI
PENGISIAN
KURIKULUM
CATATAN

Set Induksi

1.                  Murid menyanyi lagu ‘Keluarga Saya’ dengan bimbingan guru.



Media : Paparan Komputer

Nilai : Kerjasama

KBT : Kecerdasan Pelbagai

Aktiviti 1

Lampiran 1
Lirik lagu ‘Keluarga Saya’ (melodi lagu ‘Burung Kakak Tua’

Langkah 1

1.                  Murid melihat lirik lagu ‘Keluarga Saya’.
2.                  Murid diminta menyebut perkataan berkaitan dengan ahli keluarga yang terdapat dalam lirik lagu.
Contoh : ibu, bapa, kakak, abang dan adik.
3.                  Murid diminta menyanyi semula lagu tersebut secara kumpulan dan kelas dengan sebutan yang betul.



Media : Paparan Komputer

Nilai : Kasih sayang

KBT : Kemahiran mendengar dan menyebut


Aktiviti 2

Lampiran 1
Lirik lagu ‘Keluarga Saya’ (melodi lagu ‘Burung Kakak Tua’


Langkah 2

1.                  Murid diminta mengeja dan menyebut kad suku kata yang dipamerkan di slaid. (Sama seperti Lampiran 2)
2.                  Murid diminta memadankan suku kata tersebut menjadi perkataan bermakna dan memadankannya dengan kad perkataan yang disediakan.



Media : paparan komputer, kad suku kata, kad perkataan.

Aktiviti 3


Lampiran 2
Kad perkataan


Langkah 3

1.                  Murid melihat gambar yang dipamerkan oleh guru yang berkaitan dengan ahli keluarga seperti ibu, bapa, kakak, abang dan adik.
2.                  Murid mengeja dan membaca serta memahami perkataan tersebut dengan bimbingan guru.
3.                  Murid membaca secara individu perkataan-perkataan tersebut.



Media : Kad gambar, kad suku kata dan
Kad perkataan.

KBT : Konstruktivisme

Aktiviti 4


Penutup

1. Murid menyanyi lagu ‘Keluarga Saya’



Nilai : Kerjasama

KBT : Kecerdasan Pelbagai


Pentaksiran

1.                  Murid diminta menandakan perkataan yang didengar pada lembaran kerja.
2.                  Murid menyebut perkataan berkaitan keluarga berdasarkan gambar.


Aktiviti 5

Lembaran kerja 1

Pemulihan

1.                  Murid dibimbing menyebut dan mengeja suku kata dan perkataan.
2.                  Murid memadankan gambar dengan perkataan.




Aktiviti 6

Lembaran kerja 2

Pengayaan

1.                  Murid diminta bercerita tentang ahli keluarga mereka kepada rakan berdasarkan ahli keluarga mereka.


Aktiviti 7

Lampiran 3
Gambar ahli keluarga

No comments:

Post a Comment